Seluar Bersalin Mesra Aurat MAMAPRIDE: FAQ MAMAPRIDE

FAQ MAMAPRIDE

Apakah itu MAMAPRIDE?

MAMAPRIDE adalah penjenamaan yang didaftarkan di bawah MyIPO bagi produk yang dihasilkan oleh Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad.




Apakah itu seluar MAMAPRIDE?

Seluar MAMAPRIDE adalah seluar yang digunakan untuk meminimakan aurat yang terdedah semasa prosedur kewanitaan (berkaitan Sakit Puan) dijalankan.

Tanpa MAMAPRIDE, pendedahan bagi menjalani prosedur di kawasan “perineum” adalah dari pinggan ke bawah hingga kaki.

Kini, dengan adanya seluar MAMAPRIDE, kawasan yang perlu didedahkan hanyalah kawasan Perineum sahaja bagi menjalani prosedur bersalin, PAP Smear dan sebagainya.



Adakah seluar ini telah dipatenkan?

Ya. Seluar ini telah difailkan patennya dibawah Perbadanan Harta Intelak Malaysia (MyIPO).

Siapakah di sebalik penghasilan MAMAPRIDE?

MAMAPRIDE adalah idea asal Prof Dr Harmy Mohamed Yusof.

Idea tersebut telah dibangunkan bersama dengan sebuah tim yang terdiri dari wakil Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan, Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesejahteraan Kerajaan Kelantan, dan Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad.
Bagi penjualan dan pengedaran, ia dijalankan oleh Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad.

Sudahkan MAMAPRIDE diuji?

Ya. Semasa MAMAPRIDE dibangunkan, ia telah diuji di dua pusat bersalin iaitu Gombak Medical Centre, Selangor dan Pusat Perubatan An-Nisa’, Kelantan. Hasil ujian tersebut, MAMAPRIDE telah dibaiki lagi dan dipastikan tidak mengganggu prosedur perubatan.

Adakah MAMAPRIDE boleh menyebabkan pencemaran najis dan lelehan semasa bersalin?

MAMAPRIDE dihasilkan bagi mengelakkan pencemaran najis dan lelehan. Bagi memastikan hal ini dipenuhi, penghasilannya mempunyai ciri berikut:

a. Bukaan perineumnya adalah berbentuk Heksagon. Ini memberikan ruang kerja optima dan mengelakkan pencemaran najis/lelehan.
b. Perlekatan penutup perineum (Gambar 2) di bahagian belakang dibuat tinggi. Oleh yang demikian, semasa dalam keadaan berbaring, bahagian bukaan boleh dipastikan melepasi rektum dan mengelakkan terkena najis.
c. Seluar ini dihadkan penggunaan untuk persendirian sahaja seperti dalam panduan pengguna.
d. Seluar ini dibasuh sebelum dibungkus.


Adakah seluar MAMAPRIDE boleh digunakan di hospital kerajaan dan swasta?

Seluar ini dijangka mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna dan pekerja kesihatan terutama yang bukan beragama Islam.

Oleh yang demikian, Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad merancang membuat penerangan kepada hospital-hospital secara berperingkat.

Terdapat beberapa wakil ahli koperasi dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina yang telah membantu untuk penerangan ini.

Bolehkah diterangkan cara menggunakan MAMAPRIDE?

A. MAMAPRIDE HANYALAH SEJENIS SELUAR, yang berbeza adalah ia mempunyai bukaan khas (penutup perineum). Pakai seperti seluar lain.

B. Setelah berada dalam kedudukan sesuai untuk prosedur bersesuaian (patuhi arahan petugas kesihatan), perlekatan di belakang boleh di buka bagi mendedahkan kawasan sulit (Gambar 1). Bawa penutup perineum ke hadapan (Gambar 2) dan biarkan ia beada di atas kawasan ari-ari semasa menjalani prosedur.

C. Sekiranya perlu, penutup perineum boleh terus dipisahkan jika memerlukan prosedur yang lebih aktif. Lekatkan kembali setelah selesai prosedur.

D. Bagi menyuntik “Intramuscular Syntometrine” selepas bersalin, petugas perubatan boleh menyelak bukaan khas yang berada di mana-mana tepi bahagian peha.




D. Sekiranya situasi menjadi cemas, petugas kesihatan mungkin akan menasihatkan agar, seluar ini dipotong.

E. Seluar ini untuk kegunaan sendiri sahaja. Basuh dengan bersih sebelum penggunaan dimasa hadapan. Sila mohon nasihat daripada petugas kesihatan yang merawat anda.

F. Setelah dikotori, seluar MAMAPRIDE perlu dibungkus menggunakan bungkusan tidak telus cecair dan tidak dibilas di tempat yang tidak dikhaskan sepeti di bilik bersalin atau di dalam wad.

G. Buang sekiranya terlalu kotor atau digunakan oleh pesakit “Retro Viral”.




***********************************************************

 Nak order online seluar MAMAPRIDE?

WHATSAPP 'MAMAPRIDE' ke 0132290199

SAYA NAK BELI MAMAPRIDE SEKARANG!